Waktu kat KMS dulu...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera everyone :-)
   So... enrolment untuk matrikulasi dah dekat tapi nak tahu serba sedikit tentang Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)...
   But first thing first, dulu saya adalah pelajar program satu tahun (PST) Kolej Matrikulasi Selangor sesi 2017/2018. KMS ni adalah antara kolej matrikulasi yang paling muda di Malaysia. Infrastruktur semuanya sangat bagus dan dalam keadaan yang baik. KMS sememangnya kolej yang sangat cantik. Banyak tempat yang boleh buat jadi background untuk nak bergambar dan pelajar selalunya update status mereka tentang pemandangan2 cantik yang terdapat dekat KMS.

   Okay nak cerita sikit apa yang bagus dekat KMS ni. KMS ni walaupun dah 8 tahun dibina tapi infrastrukturnya sangat2 bagus. Biliknya yang besar, kawasan beriadah yang baik, surau yang besar, cafe dekat dengan blok kediaman.
  • Setiap bilik ada empat katil. Jadi setiap bilik akan ada 3-4 orang penghuni. Biliknya sangat luas & kalau nak baring guling2 atas lantai pon boleh. Meja study, almari, rak buku, katil, semuanya boleh pakai. Kat luar bilik ada rak kasut so boleh la susun kasut elok2 kat atas rak tu. Cuma nak diingatkan, barangan elektronik lain seperti kipas berdiri, printer, extension dan lain2 tak dibenarkan di dalam bilik sebab boleh menyebabkan satu blok tu blackout. Kalau tak blackout pon, felo boleh tiba2 buat rondaan dan rampas barangan2 yang dilarang. Kalau nak guna seterika sendiri, boleh guna dekat bilik seterika. Jangan guna dekat bilik sendiri.

  • KMS juga tempat yang best kalau nak bersukan sebab dekat sana ada tempat futsal, court bola tampar, court badminton, court tenis, court skuasy dan lain2. So, kalau nak cuba sukan baru pon takde masalah. Peralatan sukan juga disediakan. Pelajar cuma perlu minta kebenaran dengan lecturer koko kalau nak pinjam peralatan2 sukan. Kalau nak joging? Dekat astaka ada trek kalau nak joging. Nak joging keliling KMS pon boleh cuma perlu berhati2 dengan persekitaran. Risau kalau tak perasan kereta nak lalu ke apa ke. Masa beriadah untuk pelajar adalah selepas waktu belajar sehingga pkul 7 malam. Juga tak dilupakan... KMS mempunyai mini gym. Kalau nak besarkan otot2 tu boleh datang workout. Disebabkan gym cuma ada satu je, so pelajar lelaki dan pelajar perempuan akan menggunakan gym tersebut pada hari2 yang berlainan mengikut jadual yang ditetapkan. So, student perempuan tak perlu risau kalau nak guna gym tu.


  • Surau kolej iaitu Surau As-Sufi juga sangat dekat dengan blok2 kediaman pelajar. Surau ni terletak di tengah2 KMS. Surau ni sangat besar dan luas dan solat jumaat diadakan di surau ini pada setiap minggu. Ahli2 surau dipanggil sebagai As-Saff dan mereka dibahagikan kepada beberapa lajnah. Kalau nak tambah ilmu agama pon boleh, surau ni mempunyai banyak bahan bacaan agama seperti Ihya' Ululmuddin, Hidayatus Sahabah dan banyak lagi. Juga pihak surau banyak mengadakan program dan setiap bulan akan diadakan ceramah bulanan. Pelajar biasanya menggunakan surau ni sebagai tempat belajar kerana terdapat meja2 di belakang surau yang boleh digunakan oleh pelajar. Tempat ni sesuai untuk mengadakan study group. Untuk menambahkan lagi keselesaan pelajar, wifi juga terdapat di surau cuma dengan syarat ia perlu digunakan secara berhemah. Cuma perlu diingatkan bahawa ikhtilat perlu dijaga. Pelajar lelaki hanya dibenarkan di kawasan pelajar lelaki sahaja dan juga perkara yang sama untuk pelajar perempuan. 



  • Bangunan tutoran juga dekat dengan kolej kediaman pelajar. Bangunan ini adalah bangunan di mana para pelajar belajar di kelas tutorial dan juga kuliah bersama2 classmate mereka. Terdapat 4 dewan kuliah kecil (DKK) dan 2 dewan kuliah besar (DKB). Semua DKK dan DKB terletak di ground floor. Kelas tutorial pula terdapat pada setiap floor. Setiap kelas akan pergi ke kuliah/kelas turorial mengikut jadual kelas yang telah ditetapkan. Kalau jadual tulis DKK1 bermaksud kuliah diadakan di DKK bernombor 1. Kalau jadual tulis kelas tutorial dekat 2BT9 bermaksud kelas di tingkat 2 bilik tutoran nombor 9. Follow je apa yang ada dalam jadual tu kecuali lecturer kata nak buat kelas kat tempat lain.

  • Akhir sekali, KMS ada 4 dobi di mana pelajar2 boleh guna untuk basuh baju mereka. Juga khidmat ni hanya ada kat KMS dan takde kat kolej matrikulasi lain so guna elok2 mesin ni. Setiap blok kediaman pelajar perempuan ada 1 dobi di ground floor dan hanya ada 1 dobi untuk para pelajar lelaki guna iaitu di blok Canopus. Setiap dobi ada 3 mesin basuh dan 3 mesin pengering kecuali di blok Mira yang ada 4 mesin basuh dan 4 mesin pengering. Setiap kali nak guna mesin2 tu, pelajar kena bayar RM3. Cuma perlu diingatkan, pelajar tak dibenarkan untuk menggunakan sabun baju sendiri. Kalau nak guna softener sendiri boleh tapi detergent sendiri tak boleh sbb mesin basuh tu akan rosak. Kalau basuh baju guna tangan, jangan masukkan baju tu basah2 dalam mesin pengering sebab takut berlakunya short-circuit.  
  Jadi tu adalah sebahagian daripada kebaikan kalau nak belajar di KMS. Tetapi KMS ni ada juga kelemahannya...
  • KMS ni sebenarnya panas. Kalau kita jemur kain sekejap je boleh kering. Selalunya dalam bilik pon panas walaupun waktu malam. Jadi kalau nak bawa selimut untuk  selimutkan badan waktu nak tidur macam tak perlu. Boleh kalau nak buka tingkap waktu nak tidur tapi akan ada masalah nyamuk pulak. So, bawa la ridsect ke apa ke waktu duduk dekat KMS ni.
  • Blok selalunya blackout kat blok kediaman pelajar. Perkara ni memang selalu jadi. Punca blackout ni selalunya sebab student iron baju dalam bilik atau guna kipas berdiri dalam bilik. Jadi, kalau nak guna barangan2 larangan tu boleh je tapi kalau blackout student jugak yang susah. Kena tido panas2 dalam bilik. Nak study tak boleh... buat kerja tak boleh... menyusahkan felo untuk call technician... So, kalau nak guna juga barang2 ni, terima je la keadaan bila blackout. 
  Apa yang menarik kat KMS ni? Bagi saya, yang menarik kat KMS ni adalah populasi kucingnya. Ada banyak kucing kat sini. Tak tahula dah berapa generasi kucing2 ni tapi bilangan mereka banyak. Kat surau ada... kat blok ada... kat cafe ada... depan library pon ada... Kucing2 kat sini semuanya comel2 dan senang nak buat kawan. Tu pon kalau diorang nak layan kita la. Bagi yang suka kucing tu boleh la bawa whiskas sekali ke untuk bagi makan. Bagi yang tak suka tu, pandai2 la korang elak kucing2 tu.

  Rasanya itu saja perkongsian saya. Harap perkongsian ini dapat memberi sedikit gambaran tentang kehidupan kat KMS nnti. So, gudluck untuk student2 yang akan memasuki KMS. Semoga berjaya. Terima kasih kerana membaca blog saya. :-)

P.s.-kalau nak tips untuk study, boleh la baca post saya yang terdahulu...

Comments

Post a Comment

Popular Posts