Berusahalah, Jauhi Meminta-minta
بِسْــــــــمِ اللَّــــــــهِ الرَّحْمَــــــــنِ الرَّحِيــــــــمِ


Assalamualaikum & selamat sejahtera :)
Isi khutbah yang sangat menarik ketika khutbah Jumaat di Masjid Sultan Ismail, UTM haritu. Seperti biasa ,para lelaki akan hadir ke masjid untuk melaksanakan solat Jumaat. Tajuk khutbah pada minggu tu menarik perhatian kerana isi khutbah tu berkait rapat dengan keadaan masyarakat sekarang. So, saya nak share sikit apa yang disampaikan oleh khatib supaya boleh dijadikan sebagai peringatan untuk semua...
Islam menggalakkan umatnya untuk kerja dan sentiasa berusaha. Kita tak boleh untuk bermalas-malas & suka minta dengan orang lain. Benda ni banyak terjadi dalam kalangan masyarakat. Terdapat banyak ayat2 dalam Al-Quran dan hadis yang mencegah kita daripada menjatuhkan maruah diri. Iaitu dengan bersifat malas dan mengharapkan simpati orang lain.
Rasulullah bersabda,
"Tangan yang diatas (orang yang memberikan sesuatu) adalah lebik baik daripada daripada tangan yang dibawah (menerima/meminta). Dahululah orang yang menjadi tanggunganmu dalam memberi atau menginfakkan harta.. Dan sebaik-baik sedekah adalah yang lebih daripada tanggungannya. Barang siapa menjaga kehormatan dirinya & barangsiapa yang merasa cukup, maka Allah akan memberi kecukupan kepadanya." (H.R. Bukhari)
Orang yang malas berusaha dan kerja cuma nak minta Ehsan pada orang lain, mereka akan dibangkitkan tanpa daging pada wajahnya. Sepertimana di dalam sebuah hadis,
Daripada Abdullah ibn Umar RA, Rasulullah bersabda, "Seseorang yang sentiasa hidupnya meminta-minta kepada orang lain, akan dibangkitkan oleh Allah pada akhirat dalam keadaan tidak ada sekerat daging daging pon pada wajahnya" (H.R. Bukhari)
Oleh itu, Islam menyuruh kita untuk berusaha dalam mencari nafkah dengan pelbagai cara selagi tidak melanggar syariat. Kita juga disuruh untuk menjaga maruah dengan menghindarkan diri daripada meminta-minta. Sebagaimana firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud,
"Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya."
(2:273)
Ayat ni menceritakan tentang sifat mulia para sahabat Nabi Muhamad yang terdiri daripada orang2 miskin. Mereka tak mengharapkan bantuan orang lain, walaupun mereka sangat2 memerlukannya. Sehinggakan orang ramai tak tahu keadaan sebenar sahabat Nabi dengan menyangka yang mereka adalah seorang yang kaya kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta kepada orang lain.
Allah menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada hamba2nya yang berusaha bekerja untuk memnberi nafkah kepada keluarganya. Ini boleh dilihat dalam sebuah hadis yang bermaksud,
Daripada Abu Hurairah RA, Rasullah SAW bersabda, "Dinar (harta) yang kamu belanjakan pada jalan Allah & yang harta kamu beri pada hamba untuk dibebaskan, dan dinar & harta yang kamu sedekahkan pada orang miskin serta yang kamu sedekahkan pada keluargamu, maka yang benar besar ganjaran pahala adalah yang kau sedekahkan pada keluargamu" (H.R. Muslim)
Mereka yang sihat tubuh badan wajib berusaha untuk mencari pekerjaan. Gunalah segala kemahiran & kekuatan serta peluang yang ada untuk menghasilkan pendapatan untuk menyara diri dan keluarga. Allah takkan mengubah nasib hambanya sehingga dia berusaha untuk mengubah nasib dirinya sendiri. Hasil yang kita dapat daripada usaha kita adalah jauh lebih baik & mulia daripada sikap malas yang hanya meminta2 daripada orang lain.
Masyarakat seharusnya memberi nasihat dekat orang yang malas supaya mereka berusaha untuk bekerja daripada hanya meminta simpati orang ramai semata2. Saidina Umar ibn Khattab RA pernah tegur sikap segolongan rakyatnya yang salah faham dengan konsep tawakal. Mereka berserah diri semata2 tanpa usaha. Mereka berkata bahawa mereka adalah orang yang bertawakal pada Allah. Saidina Umar dengan tegas kata yang mereka ni adalah pembohong kerana orang yang bertawakal ialah orang yang menanam biji benih dan kemudian bertawakal kepada Allah.
Apa yang saya boleh simpulkan daripada khutbah ni, kita perlu berusaha dalam apa yang dilakukan kerana kita akan dapat berdasarkan apa yang kita usahakan. Ada sunnatullah yang kita kena follow kalau nak berjaya. Kalau kita nak score, kita kena study.
Moga2 apa yang anda baca ni dapat memberi manfaat :)
Sekian,
Apa yang saya boleh simpulkan daripada khutbah ni, kita perlu berusaha dalam apa yang dilakukan kerana kita akan dapat berdasarkan apa yang kita usahakan. Ada sunnatullah yang kita kena follow kalau nak berjaya. Kalau kita nak score, kita kena study.
Sekian,
Comments
Post a Comment