Makanan Panas Jangan Ditiup

Assalamualaikum & selamat sejahtera :-D
Selalunya kalau kita makan atau minum makanan & minuman panas, kita biasanya tiup dulu kan sebab nak bagi sejuk dulu. Pastu baru kita masukkan dalam mulut kita. Tapi kan ada satu hadith rasulullah SAW yang berbunyi,
،حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ فَضَالَةَ"
قَالَ: حَدَّثَنَا هِشَامٌ هُوَ الدَّسْتُوَائِيُّ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَتَنَفَّسْ فِي الإِنَاءِ، وَإِذَا أَتَى الخَلاَءَ فَلاَ يَمَسَّ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ، وَلاَ يَتَمَسَّحْ بِيَمِينِهِ"
“Mu’adz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami dari Hisyam (yaitu ad-Dastawa’i), dari Yahya bin Abu Katsir, dari Abdullah bin Abu Qatadah, dari ayahnya bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika salah seorang dari kalian minum, jangan bernapas dalam bejana; jika masuk ke dalam WC, jangan menyentuh kemaluan dengan tangan kanannya, juga jangan membersihkan dengan tangan kanannya.“.
Nabi melarang kita untuk meniup makanan/minuman. Tapi hadith tu takde bagitau kenapa. Jadi, kenapa nabi tak bagi kita tiup dulu sebelum makan. Penting sangat ke? Apa effect kat kita? Kita biasanya bagitahu orang lain pasal benda ni tapi kita sendiri tak tahu apa sebab dia. Okay, saya nak kongsi sikit tentang kesan meniup makanan/minuman sebelum makan kepada diri kita.Apa yang kita perlu sedar dulu, badan kita menyedut oksigen (O2) daripada udara & menghembus karbon dioksida (CO2) keluar. Wap yang keluar daripada makanan/minuman panas adalah air (H2O). Apabila kita tiup makanan kita, CO2 & H2O akan bereaksi dengan satu sama lain untuk hasilkan carbonic acid (H2CO3). H2CO3 ni sifatnya berasid. Di dalam badan kita, H2CO3 ni digunakan oleh darah kita untuk mengawal pH darah kita.
Dalam darah kita, H2CO3 adalah satu 'buffer' iaitu larutan yg mampu mengekalkankan pH darah kita. Badan kita menggunakan buffer ni untuk elak daripada berlakunya perubahan pH secara mendadak. pH darah yang normal bagi manusia biasa adalah sekitar 7.35 sehingga 7.45. Kurang daripada tu boleh menyebabkan acidosis. Kalau lebih boleh menyebabkan alkalosis.
Acidosis adalah satu keadaan di mana darah kita menjadi terlalu berasid. Pernafasan kita akan jadi lebih cepat untuk keluarkan asid yang lebih manakala buah pinggang kita kena kerja lagi kuat untuk buang lebihan asid dalam air. Tapi kedua2 mekanisme ni tak membantu kalau badan kita terus menghasilkan asid lalu boleh jadi acidosis berat. Antara tanda2 acidosis adalah rasa kekeliruan, mengantuk, nafas pendek, sakit kepala, kadar nadi meningkat dan jaundice. Kalau acidosis tidak dirawat, ia boleh meyebabkan kegagalan buah pinggang, penyakit batu karang dan lain2. Rawatan perlu dirujuk oleh doktor supaya mereka boleh mengenalpasti jenis acidosis yg sedang dihadapi.

(Jaundice)
Tapi ada satu benda yang orang ramai tak tahu pasal meniup makanan ni. Mengikut satu kajian yang dah dibuat dekat Universiti Clemson, meniup makanan menyebabkan peningkatan bilangan bakteria pada permukaan makanan sebanyak 1400% berbanding makanan yang tak ditiup. Kalau kita tiup untuk diri kita takpe lagi, tapi kalau kita tiup pastu bagi orang lain makan macam mana tu? Contoh paling senang tiup lilin dekat kek. Selalunya kita akan buat benda ni time sambut birthday family dan kawan. Beberapa bacteria bahaya seperti Streptococcus pneumonia, & Staphylococcus aureus boleh ada atas kek tu tapi mungkin tak cukup untuk memberi kesan pada kita sebab tak cukup banyak.
Jadi, tak payah kita meniup makanan lagi sebab benda ni boleh effect kita punya kesihatan. Kita boleh je tunggu sekejap makanan kita jadi sejuk. Kalau nak cepat sikit boleh je kacau air tu atau gaul nasi dulu. Sekian, itu sahaja daripada saya. Harap post ni membantu. Terima kasih sebab membaca :-)
Rujukan:
https://www.healthline.com/health/acidosis
https://www.radiorodja.com/29568-bab-larangan-istinja-dengan-tangan-kanan-hadits-153-kitab-shahih-bukhari-ustadz-badrusalam-lc
http://www.iflscience.com/health-and-medicine/blowing-out-candles-on-a-birthday-cake-is-actually-pretty-gross/
alhamdulillah...perkongsian yg menarik.Teruskan usaha anda
ReplyDelete