Umat Islam Umat Membaca
Assalamualaikum & selamat sejahtera :-)

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
"Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang mencipta"
(Al-Alaq:1)
Selalu kan kita baca/dengar ayat ni. Kita juga tahu yang ayat 1-5 daripada surah al-Alaq adalah wahyu pertama yang diturunkan daripada Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Ayat ni memberitahu kita untuk menuntut ilmu pengetahuan. "اقْرَأْ" kalau dirujuk dalam bahasa arab merupakan satu kata kerja. Para ulamak bersepakat bahawa jika kata kerja telah digunakan di dalam al-Quran maka ia adalah satu kewajipan untuk semua umat islam lakukan.
Apa yang kita dituntut untuk buat? Dengan penggunaan perkataan ini, kita telah dituntut untuk membaca. Kita perlu banyak membaca bahan bacaan supaya kita dapat meraih ilmu pengetahuan. Semua orang2 yang bijak pandai adalah mereka yang banyak membaca. Ini kerana mereka mendapat banyak input daripada bahan bacaan mereka. So, kalau baca komik tu boleh la kan? Tak juga. Ini bergantung pada isi2 di dalam bahan bacaan kita. Jika kita baca ayat tadi sampai habis, kita disuruh untuk baca bahan bacaan yg mendekatkan diri kita pada Allah. Yang membuatkan kita rasa yang kita masih ada banyak benda yang kita tak tahu. Yang membuatkan kita lebih mengenali Allah. Dengan adanya ilmu, dakwah lebih mudah utk dilakukan.
Islam tersebar dengan akhlak, keilmuan dan kelembutan. Selagi mana kita tak banyak membaca, ilmu kita takkan berkembang. Kita hanya akan kekal dalam keadaan kejahilan yang sama. Umat Islam sekarang ni tidak cemerlang kerana kurangnya membaca & kurangnya ingin mendalami ilmu pengetahuan. Biasanya kita rasa yang ilmu yang kita dah ada tu dah cukup untuk bimbing hidup kita. Kita jadi malas nak pergi ke kuliah2 agama utk tingkatkan ilmu agama kita. Kita study kat IPT pun sekadar nak bagi cukup makan je pointer kita. Kita kurang berusaha. Bila dpt result teruk, kita kata itu takdir. Kita kata itulah rezeki kita yg Allah bagi. Bila dapat result bagus, boleh pula kita tak cakap yang tu takdir. Kita cakap bahawa usaha kita yang memberi result cemerlang tu. Ini bukannya akidah kita sebagai Ahli Sunnah Waljamaah. Kita kena usaha kalau nak berjaya. Kalau dah usaha tapi tak berjaya, yakinlah yang Allah ada plan lagi baik untuk kita.
Mesti ada yang kata, "Hobi kita dari dulu lagi suka membaca". Bagus la tu kalau hobi kita suka membaca. Tapi membaca tak boleh jadi hobi semata2. Dr Raghib al-Sirjani pernah berkata bahawa membaca bukannya satu hobi. Kalau kita jadikan membaca sebagai hobi, maka kita hanya akan membaca pada masa lapang. Membaca ialah satu cahaya untuk menerangkan kegelapan. Ilmu yang akan mengeluarkan kita daripada kejahilan. Yang menjadikan kita dari tak tahu kepada tahu. Daripada tak reti jadi reti. Tetapi membaca sahaja tak cukup. Kita memerlukan guru untuk guide kita. Ilmu hanya akan dtg bila kita cukup 2 perkara iaitu adanya kitab dan adanya guru. Apabila kita kurang salah satu, kita hanya dapat maklumat. Tanpa guru, takut kita terbabas daripada jalan betul. Takut fahaman kita salah. So, kita kena cari guru yang layak untuk mengajar kita.
Ilmu ini penting dalam kita menyampaikan ajaran Islam. Penting utk kita menerangkan ajaran Islam kpd mereka yg masih jahil. Sebagai contoh, pemuda2 Islam di British telah membuat aktiviti seperti street dakwah di mana org ramai boleh menanyakan apa2 soalan berkaitan Islam. Dalam hujah mereka, mereka menerangkan secara terperinci kenapa syariat suruh buat macam tu, membalas menggunakan hujah yang disampaikan oleh para ulamak malah juga daripada golongan cendikiawan atheis, kristian dan lain2. Perkara yang sama pada Dr Zakir Naik, beliau melawan hujah2 orang yang jahil menggunakan hujah2 daripada professor2 Islam dan bukan Islam. Beliau mampu mengalahkan hujah yang mengatakan bahawa al-Quran itu salah dengan ilmu yang beliau ada. Beliau mengaji kitab2 agama lain. Ini hanyalah sebahagian daripada org2 yang tinggi ilmunya. Mereka bukannya pakar dalam satu bidang, tapi pakar dalam beberapa bidang.
Jadi kita perlu sentiasa membaca & belajar kerana ilmu Allah terlalu luas. Ilmu yang kita ada ibarat jari yang kita celup ke dalam lautan. Kita perlu ugradekan lagi ilmu agama dan juga tingkatkan akademik kita. Belajar memang susah. Belajar memang penat. Itulah cabaran dan ujian kepada kita. Cuma kita nak ke tak nak je. Imam Syafiee pernah kata " Kalau kamu tak tahan penatnya belajar, maka tahanlah perihnya kebodohan". Jadi sentiasa kita betulkan niat kita. Cari kawan2 yang nak belajar. Ajak kawan untuk belajar. Kaji bagaimana para ulamak menuntut ilmu. Jadilah org yang boleh memberi manfaat kpd org lain. Bukannya orang malas yang berangan2 nak majukan masyarakat. Ini hanyalah satu sharing & peringatan untuk kita semua. Harap apa yang anda baca dapat memberi manfaat.
Tulisan yg membangkitkan semangat 🤩💪
ReplyDelete