Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan
Assalamualaikum :)
Ramadhan sudah dekat. Tak syabarnyer kita nak berjumpa dengan bulan yang special ini. Allah telah mewajibkan umat Islam untuk melaksanakan rukun Islam yang keempat ini. Seperti mana yang telah disebut di dalam al-Quran,
Jelas di sini mengatakan bahawa kita wajib untuk berpuasa. Jadi, sebelum kita bertemu dengan bulan Ramadhan, mari kita buat revision tentang puasa ni. In Shaa Allah puasa kita akan jadi lebih sempurna dan mudah-mudahan diterima Allah.
Jadi, puasa tu apa? Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari beserta niat. Hukum puasa adalah wajib sepertimana yang dah ditulis dalam ayat tadi.
Kalau kita nak buat sesuatu mesti kena ada syarat. Jom kita revise balik Syarat Puasa. Syarat adalah sesuatu yang harus dipenuhi sebelum menjalankan ibadah dan perlu terus-menerus sehingga selesainya ibadah tersebut. Terdapat dua jenis syarat iaitu syarat sah puasa dan syarat wajib puasa.
Syarat wajib puasa ada 5 iaitu:
*Wali wajib untuk menyuruh kanak2 yang berumur 7 tahun yg mumayyiz untuk berpuasa.
*Orang tua yang tak mampu dan orang yang tiada harapan sembuh wajib membayar fidyah setiap hari tapi tak wajib untuk qada' puasa.
Okay, sekarang kita tengok pula dekat Rukun Puasa. Rukun adalah inti dari ibadah tersebut. Tanpanya, tidak terjadilah ibadah itu. Rukun ni penting kerana ia menentukan samada ibadah kita betul atau tak. Rukun puasa ialah:
Banyak hikmah dan fadhilat di dalam bulan ramdhan ni & In shaa Allah akan dikongsi lagi.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون
"Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepadamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada umat sebelummu agar kamu bertaqwa" (2:183)
Jelas di sini mengatakan bahawa kita wajib untuk berpuasa. Jadi, sebelum kita bertemu dengan bulan Ramadhan, mari kita buat revision tentang puasa ni. In Shaa Allah puasa kita akan jadi lebih sempurna dan mudah-mudahan diterima Allah.
Jadi, puasa tu apa? Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari beserta niat. Hukum puasa adalah wajib sepertimana yang dah ditulis dalam ayat tadi.
Kalau kita nak buat sesuatu mesti kena ada syarat. Jom kita revise balik Syarat Puasa. Syarat adalah sesuatu yang harus dipenuhi sebelum menjalankan ibadah dan perlu terus-menerus sehingga selesainya ibadah tersebut. Terdapat dua jenis syarat iaitu syarat sah puasa dan syarat wajib puasa.
Syarat wajib puasa ada 5 iaitu:
- Islam
- Baligh
- Berakal
- Suci dari haid dan nifas
- Mampu melaksanakan puasa
Syarat sah puasa ada 4 iaitu:
- Islam
- Tamyiz (mendekati baligh)
- Tidak terhalang dari perkara2 yang mencegah puasa
- Waktu (masuknya bulan Ramadhan)
*Orang tua yang tak mampu dan orang yang tiada harapan sembuh wajib membayar fidyah setiap hari tapi tak wajib untuk qada' puasa.
Okay, sekarang kita tengok pula dekat Rukun Puasa. Rukun adalah inti dari ibadah tersebut. Tanpanya, tidak terjadilah ibadah itu. Rukun ni penting kerana ia menentukan samada ibadah kita betul atau tak. Rukun puasa ialah:
- Orang yang berpuasa
- Niat
- mesti dilakukan pada setiap malam mengikut pandangan Imam Syafie
- kita boleh berniat sebulan mengikut mazhab Malik tapi ia hanya boleh buat pada malam pertama ramadhan je.
- Menahan diri daripada hal yang mebatalkan puasa
Waktu puasa, biasa la kalau ada beberapa persoalan tentang batal puasa. Saya nak share sikit beberapa persoalan yang saya rasa agak common.
Kalau ibu yang mengandung perlu ke puasa?
- Kalau ibu tu berbuka kerana risau akan kesihatan diri sendiri, wajib qada' puasa.
- Kalau berbuka kerana risau akan diri sendiri dan anak, wajib qada' puasa dan bayar fidyah.
- Kalau berbuka kerana risaukan anak, wajib qada' puasa.
Kalau kita telan air liur time puasa boleh ke?
-Boleh telan air liur kalau tak campur dengan bendasing.
-Kalau telan kahak, batal puasa kita mengikut mazhab Syafiee.
-Mengikut mazhab Hanafi, puasa tak batal kalau telan kahak.
Kalau orang berpuasa yang sekejap gila sekejap okay camne pulak?
-Batal puasa dia
Kalau orang yang tido sepanjang hari sah tak puasa dia?
-Puasa dia sah kalau dia dah niat puasa pada malam sebelumnya.
Orang yang pitam sah tak puasa dia?
-Batal puasa dia kalau dia pitam sepanjang hari.
Kalau rongga badan, setakat mana yang boleh masuk?
- Kalau tekak, hadnya adalah sampai makhraj huruf ha (ح).
- Kalau hidung, hadnya adalah sampai tempat yang berdengung.
- Kalau telinga, setakat mana jari kita boleh masukkan, itulah hadnya.
Jadi ini adalah sedikit revision sebelum kita jumpa dengan Ramadhan tak lama lagi. Ingat, Ramadhan bukanlah bulan untuk kita bermewah-mewah, tapi bersibuk2 melakukan ketaatan dengan zuhud. Jangan jadikan Ramadhan sebagai alasan untuk kita bermalas-malasan tapi masa untuk kita cergas dan aktif melakukan ibadah.
Banyak hikmah dan fadhilat di dalam bulan ramdhan ni & In shaa Allah akan dikongsi lagi.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya dan yang terbaik andai kata ia yang terakhir untuk kita.
Terima kasih kerana membaca :)
Comments
Post a Comment