Hati-hati Tengok Movie
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum sahabat :)
Haritu saya tengok satu citer ni. Tak nak la bagitau tajuk citer apa sebab diorang takde mintak kita promotekan😆. Tapi citer ni ada seorang lelaki yang kawan dia monyet. Pastu dia ada karpet terbang. Kalau tak faham lagi tu takpe, boleh teruskan baca.
Anyway, apa yang saya terfikir adalah cara citer2 camni boleh rosakkan akidah kita dan akidah orang lain. Kita mungkin la boleh cakap yang kita ni saja2 nak tengok je, tapi tu la.. takut akidah kita dah rosak tanpa kita sedar.
Okay balik ke citer yang saya baru tengok ni, lelaki ni jumpa satu pelita. Bila dia gosok2 pelita tu, maka keluar la seekor jin yang boleh menunaikan apa saja hajat lelaki tu. Cuma jin tu cuma boleh tunaikan tiga hajat je. Apa yang menarik kat sini, bila lelaki tu mintak semua dia dapat. Mintak kekayaan, dapat kekayaan. Mintak pangkat, dapat pangkat. So, mcm nak kata yang jin ni power la.
Dari sini, mungkin dalam hati kita ada yang kata, "BESTNYA WEIII, BOLEH MINTAK MACAM2".
Benda ni nampak mcm biasa je kan, tapi tipu daya syaitan tu sangat halus. Kita secara tak sedar dah letakkan kepercayaan yang makhluk tu boleh bagi kekayaan dan nikmat kepada kita. Kat sini kita lupa yang Allah yang maha berkuasa untuk memberi nikmat kepada hamba2Nya. Allah maha menunaikan hajat kita. Allah takde limit berapa banyak hajat yang boleh dimakbulkan. Dan kita tahu yang dosa mensyirikkan Allah adalah sangat2 berat sepertimana firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat ke 48,
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar."
Jadi, kita wajib belajar ilmu tauhid ni kerana ilmu ni sangat2 mahal. Kenapa mahal? Sebab ilmu ni boleh bagi kita tahu yang Allah adalah tuhan yang sebenar-benarnya. Kita boleh tahu tipu daya iblis dan syaitan. Dan beraqidah tidak kekal dalam neraka.
Kalau kita yang tak terkesan tu, alhamdulillah sebab akidah kita masih elok. Tapi cuba tanya orang lain. Adik2 kita ke... kawan2 kita... Adakah akidah mereka masih selamat? Dah la banyak cerita yang menyesatkan ni. Ada yang kata tuhan kat langit, tuhan menyerupai manusia, tuhan berkahwin dan beranak dan lain2.
Nauzubillah, semoga Allah jauhkan kita dari perkara2 yang sesat ni.
So, sentiasa berdoa supaya Allah tak bolak balikkan hati kita dari Islam. Rajin2 la kita pergi belajar ilmu agama. Dengan ilmu, iblis dan syaitan akan lagi susah menyesatkan kita. Jangan kata yang kita takde masa sebab masa adalah milik Allah. Allah takkan mensia-siakan masa kita bermujahadah mencari keredhaanNya. Dalam khutbah Rasulullah yang teakhir, Rasulullah bersabda mafhumnya, sesungguhnya iblis dan syaitan telah berputus asa menyesatkan dalam perkara2 yang besar, jadi mereka cuba menyesatkan dalam perkara2 yang kecil.
Comments
Post a Comment